News


<   Back

2016-05-18

Pelan Data8 oleh redONE


RED ONE Network Sdn Bhd (redONE) memperkenalkan pelan postpaid internet baharu bagi memenuhi keperluan pengguna dengan harga yang rendah dan berpatutan menerusi pelan Data8.

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, RedONE berkata, pengguna boleh menikmati pelan hanya RM8 sebulan dan data internet 500MB serta panggilan percuma bagi pengguna redONE.

 

Data8 ini turut memberikan beberapa pilihan kuota internet berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Amin Mahendran Abdullah berkata, pelanggan akan memilih kuota internet yang lebih tinggi tanpa menyedari bahawa telah berbelanja lebih untuk kuota internet yang sebenarnya tidak perlu.

 

“Pertimbangan sepatutnya dibuat berdasarkan keperluan dengan memberi keutamaan kepada apa yang asas, kita boleh sebenarnya mengawal perbelanjaan.” katanya.

 

Menurutnya, pelanggan boleh memilih kuota internet berkelajuan tinggi antara 1GB+ (RM20), 2GB+ (RM30), 3GB+ (RM40) dan 5GB+ (RM60).

 

Katanya, pelanggan yang menambah kuota internet berkelajuan tinggi boleh terus melayari internet apabila kehabisan kuota tanpa caj tambahan bersama langganan e-Paper bernilai RM360 secara percuma untuk satu tahun.

 

Sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), redONE menawarkan harga yang menambat berbanding dengan pengendali rangkaian mudah alih tradisional.

 

Pengguna pelan Data8 juga boleh menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi 4G LTE.

 

Setakat ini, redONE memiliki lebih daripada 800,000 pengguna dan menyasarkan untuk mencapai 1 juta pengguna dalam tahun ini didorong oleh pengenalan pelan baharu ini.

 

Article from: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pelan-data8-oleh-redone-1.522297