News


<   Back

2016-06-09

redONE Tuesday (Berita Harian dan Sinar Harpan)


SinarHarian Feature image BeritaHarianredONE Personal Program Ganjaran Diskaun Tiket Wayang

 

Kerjasama antara MBO Cinemas hargai pelanggan setia Oleg Nurhayati Abllah nurhayatiabllah@bh.com.my

 

Pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), red ONE Network Sdn Bhd (redONE) melancarkan program terbaru redONE Tuesdays, iaitu program ganjaran bagi penggunanya untuk menikmati diskaun tiket wayang MBO Cinemas setiap Selasa.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendrian Abdullah, berkata program ganjaran pertama itu, hasil jalinan kerjasama antara redONE dengan MBO Cinemas.

 

redONE Tuesday adalah cara kami menyampaikan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa terus bersama kami.

 

“Kami akan terus meneroka inisiatif untuk memberikan pelanggan kami akses kepada lebih banyak tawaran eksklusif dan diskaun menarik pada masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

 

Hargai Pelanggan Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh, berkata pelangga setia redONE memainkan peranan penting untuk perkembangan syarikat dan menjadi kewajaran kepada redONE untuk merakamkan penghargaan terhadap pelanggan melalui penawaran ganjaran ekskusif.

 

Pengarah Pesaran dan Jualan MBO Cinemas, Cheah Chun Wai, pula berpendapat pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan redONE kerana pengukuhan jenamanya di negara ini. “redONE adalah antara syarikat telekommunikasi yang mantap, di mana kami mempunyai profil pelanggan dan demografi yang sama.

 

“Selaras slogan MBO, iaitu Bringing Excitement Near You, kami percaya bahawa redONE Tuesdays akan membawa lebih banyak keseronokan kepada pengguna redONE,” katanya.

 

SMS Kod Baucar Semua pengguna aktif redONE akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi kod baucar bagi pembelian dua tiket wayang pada harga RM8 setiap tiket.

 

Pengguna boleh mengunjungi mana-mana cawangan MBO Cinemas pada Selasa dan tunjukkan SMS berkenaan di kaunter MBO Box Office untuk menikmati diskaun.

 

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati menerusi laman sesawang www.redONE.com.my

 

Article from: Berita Harian, 7th June 2016

BeritaHarian


 

 

redONE Lancar Program Ganjaran Pertama, redONE Tuesdays

 

DEMI kepuasan pengguna-pengguna redONE, redONE melancarkan program ganjaran pertama, redONE Tuesdays yang membolehkan penggunanya menikmati tawaran diskaun tiket wayang MBO Cinemas pada setiap hari Selasa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran Abdullah beakta, kerjasama dengan MBO Cinemas merealisasikan program tersebut dengan lancar.

 

“Program ini merupakan inisiatif kami menghargai pelanggan setia kerana terus bersama kami.

 

“Kami akan terus meneroka inisiatif dalam memberikan pelanggan kami akses kepada lebih banyak tawaran ekslusif dan diskaun menarik pada masa akan datang,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata, pelanggan setia redONE memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.

 

“Jadi, wajar bagi kami merakamkan penghargaan terhadap pelanggan-pelanggan menerusi ganjaran eksklusif seperti ini,” katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, Cheah Chun Wai berkata, pihaknya teruja dengan program tersebut.

 

“Kami teruja bekerjasama dengan redONE yang merupakan syarikat telekomunikasi yang mantap. Selaras dengan slogan MBO iaitu ‘Bringing Excitement Near You’, kami percaya ‘redONE Tuesdays’ akan bawa lebih banyak keseronokan kepada pengguna,” katanya.

 

Semua pengguna aktif redONE akan menerima SMS mengandungi kod baucar untuk pembelian dua tiket wayang pada harga RM8 setiap tiket.

 

Pengguna boleh mengunjungi mana-mana cawangan MBO Cinemas pada hari Selasa dan tunjukkan SMS tersebut di kaunter MBO Box Office untuk menikmati diskaun ini.

 

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di www.redONE.com.my

 

Article from: Sinar Harian, 7th June 2016 

SinarHarian