News


<   Back

2016-08-08

Album Sulung Ippo Hafiz Ditaja Sepenuhnya oleh redONE (Utusan Borneo)


Utusan Borneo (Sarawak) 6 Aug 2016, Oleh Adriana Mroon Ambrose
 
KUALA LUMPUR: Walaupun masih baru dalam melayari industri muzik tempatan, namum penyanyi baru Ippo Hafiz sudah mula mengorak langkah mengeluarkan album pertama melalui tajaan sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi redONE Network Sdn Bhd (redONE).
 
Ippo yang juga terkenal menerusi lagu tema untuk beberapa buah drama popular antaranya, ‘Rahsia' (Teman Lelaki Upahan), ‘Kekal Bahagia’ (Cinta Si Wedding Planner), ‘HidayahMu Ramadan’ (HidayahMu Ramadan) dan ‘Irama Kita’ (Cik Cinderalla Encik Tengku) berbangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan redONE. “Album ini adalah sebuah karya pengenalan tentang diri saya dan kesemua lago dimuatkan adalah hasil ciptaan sendiri. “Saya berbangga dapat bekerjasama dengan redONE dalam menhasilkan album sulung ini. Sebelum ini, redONE turut menaja dalam menhasilkan muzik video saya iaitu ‘Rahsia’, ‘Kasih Dalam Hati’ dan ‘Kekal Bahagia’. ‘Bagi saya, bila saya lancarkan satu album penuh bersama redONE, ia merupakan satu langkah besar buat saya untuk maju setapak lagi dalam industri muzik dan syarikat ini telah banyak membantu saya dari mula lagi sehinggalah sekarang. Saya juga yakin mereka mampu membawa album ini pergi lebih jauh,” katanya.
 
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran Abdullah, redONE memilih Ippo Hafiz kerana bakat beliau dalam bidang nyanyian.
 
“Seperti yang kita sedia maklum, Ippo adalah seorang yang berbakat besar dalam industri ini.
 
“Dia juga masih muda dan kami yakin melalui tajaan album Ippo, kami dapat menarik minat golongan muda untuk mengenali redONE sekaligus menjadi sebahagian daripada sasaran kami,” jelas beliau selepas majlis pelancaran album Ippo Hafiz di ibupejabat redONE di Puchong baru-baru ini.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jualan redONE, Ben Teh.
 
Menurut Ben Teh, beliau kali pertama bertamu Ippo Hafiz adalah pada dua tahun yang lalu di sebuah karnival.
 
“Saya ingat lagi Ippo sedang membuat persembahan menyanyikan lagu 'Hujan Sepi’ dan saya terpikat dengan kelunakan suara beliau.
 
“Sejak itu, kami terus bejerjasama dengan Ippo Hafiz untuk menaja muzik video Ippo dan seterusnya menaja album sulung beliau,” katanya.
 
Ippo Hafiz_Utusan Borneo