News


<   Back

2016-12-22

redONE Dari Pascabayar Terendah Ke Prabayar Terendah


red ONE Network Sdn Bhd (redONE) merupakan Mobile Virtual Network Operator (MVNO) pascabayar pertama di Malaysia yang menawarkan harga kompetitif yang biasanya tidak ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih tradisional. Dengan Celcom Axiata sebagai pembekal rangkaiannya, pengguna red ONE dapat menikmati liputan rangkaian yang terluas di seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan. Untuk terus bertahan dalam pasaran yang sangat kompetitif, redONE telah melancarkan dan mendedahkan kemasukannya kedalam pasaran prabayar pada akhir bulan November 2016.

 

Permulaan yang Sederhana Tanpa diketahui oleh kebanyakan orang, red ONE dahulunya dikenali sebagai REDtone Mobile – ditubuhkan pada tahun 2008 dan dimiliki sepenuhnya oleh REDtone International Bhd. Ia merupakan satu-satunya pascabayar MVNO di Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 2012, REDtone telah menjual syarikatnya kepada dua pemilik swasta dan seorang pelabur asing, dan REDtone Mobile telah dilancarkan semula sebagai Red One Network Sdn Bhd. Dengan visi syarikat “untuk menjadi MVNO yang terbesar di rantau ASEAN” sebagai dorongan, falsafah dan perkhidmatan redONE telah direka untuk mengutamakan pelanggan dan menyampaikan apa yang benar-benar penting, dengan cara yang paling mudah dan praktikal. “Back to basics – life is complicated enough”, Kembali kepada asas – hidup cukup merumitkan.

 

Peristiwa Penting di Sepanjang Perjalanan 

Dalam pasaran mudah alih yang telus dan mudah ditembusi, redONE telah terus menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dari segi pelanggan dan pendapatan. Pada awal tahun 2014, jumlah bilangan pelanggan adalah sebanyak 140,000. Selain daripada pelan pascabayar yang mempunyai komitmen bulanan terendah, red ONE telah mengamalkan struktur jualan 3-peringkat dengan insentif yang menarik dan perkongsian hasil dalam jangka masay ang panjang. Dengan memanfaatkan jualan dan pengedaran rangkaian yang luas dan berkesan, jumlah bilangan pelanggan telah meningkat ke 500,000 pada tahun 2015, bersamaan dengan hampir 2%- daripada bahagian pasaran pelanggan mudah alih. Pada awal tahun 2016, red ONE telah melangkaui 800,000 jumlah pelanggan.

 

redONE telah dinobatkan sebagai MVNO Service Provider of the Year untuk kali ketiga pada Majlis Anugerah 2016 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards, dan buat kali pertama, redONE telah memenangi Anugerah The BrandLaureate Corporate Branding Award 2015-2016. 

 

Prabayar redONE, Beyond Prepaid 

Prabayar redONE yang baru dilancarkan merupakan kuasa penentuan dalam masa hadapan perdagangan mudah alih dan akan dikenali sebagai pelan prabayar yang terendah di pasaran. Pek starter Prabayar redONE yang bernilai sebanyak RM10 mempunyai kredit sebanyak RM6 dan data percuma 500MB apabila pengaktifan talian dibuat. Pelanggan Prabayar redONE juga dapat menikmati: 

  • Tambah nilai sebanyak RM10 untuk mengekalkan pengaktifan talian selama 30 hari.
  • Panggilan percuma ke rangkaian yang sama i.e. Prabayar redONE ke Prabayar redONE
  • Data 500MB percuma setiap bulan, selagi talian masih aktif

 

Ini semua merupakan hanya sebahagian kecil dari apa yang redONE akan tawarkan di masa hadapan. Terdapat lebih tawaran menarik yang masih berada dalam perancangan dan boleh didapati di pasaran pada awal tahun 2017.

Article from: redone-advertorial-sinar-harian