News


<   Back

2018-02-06

redONE meterai perjanjian dengan FAS


REDONE Network Sdn Bhd (redONE) memeterai perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atau lebih dikenali dengan nama Red Giants sebagai salah seorang penaja utama untuk musim 2018.

Pengarah dan Pengasas bersama redONE, Ben Teh berkata, rakyat Malaysia sangat suka melihat dan bermain pelbagai jenis sukan, terutamanya sukan bola sepak yang membolehkan kita mengenepikan perbezaan dan bersatu menyokong pasukan yang sama.

“Semangat ini adalah sesuatu yang kita kongsi bersama, walaupun datang dari latar belakang yang berlainan.

“Kami percaya dengan pencapaian FAS dalam mengasah bakat, terutamanya pemain muda di bawah-21 dan bawah-19 yang telah berjaya merangkul anugerah pada tahun lepas. redONE sentiasa mendukung bakat baru yang sedang meningkat naik demi mencapai potensi maksimum”, katanya lagi.

Tajaan ini membolehkan jenama redONE diletakkan di bahagian hadapan jersi Home dan jersi Away pasukan itu. Syarikat Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO) ini melihat tajaan sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan memilih untuk menaja FAS kerana visi kelab itu dalam mengasah bakat-bakat muda di arena bola sepak.

Article from: SInar Harian, 6th Februray 2018