Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Kenyataan Polisi Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi

redONE Group telah mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap segala bentuk rasuah dan korupsi. Kami komited untuk menjalankan perniagaan secara beretika di setiap negara di mana perniagaan kami dijalankan, serta mematuhi kesemua undang-undang yang terpakai. Ini termasuk pematuhan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (“MACCA 2009).

Rasuah dan korupsi adalah kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun dan denda tanpa had, dan boleh menjejaskan reputasi Syarikat tersebut, menyebabkan kerugian kewangan dan pemberhentian perniagaan serta akibat negatif lain.

Polisi dan garis panduan ini tidak bertujuan untuk memberikan jawapan muktamad kepada semua persoalan mengenai rasuah dan korupsi. Sebaliknya, ianya bertujuan untuk menyediakan pengenalan asas kepada setiap kakitangan berkenaan tatacara Syarikat memerangi rasuah dan korupsi, yang selaras dengan komitmen Syarikat terhadap tingkah laku yang sah serta beretika pada setiap masa. Garis panduan ini telah direka bentuk untuk mencegah situasi di mana rasuah dan amalan korupsi mungkin berlaku.

Oleh itu, redONE mengamalkan semua peruntukan berkaitan MACCA 2009, yang juga termasuk Seksyen 17A (“S17A”) MACCA 2009, yang secara khusus mengenakan liabiliti ke atas pengurusan tertinggi, untuk amalan korup khususnya perbuatan rasuah, seperti yang dilakukan oleh mana-mana pekerja syarikat. Ini dikenali sebagai liabiliti korporat (“Liabiliti Korporat”) dan diberi pembelaan melalui prosedur yang mencukupi yang diamalkan oleh Syarikat mengikut garis panduan di bawah S17A. Butiran disediakan di bawah dalam Seksyen 6 – Skop S17A MACCA 2009 dokumen polisi ini.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kelakuan tidak wajar, amalan rasuah atau sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan anti-rasuah dan anti-korupsi yang berkenaan, sila e-melkan pelaporan anda kepada wb@redone.com.my.

Kesemua aduan/maklumat yang diterima akan disimpan dan dirahsiakan dengan rapi.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM