Mukmin68
- Pelan ini mengenai apa?
Pelan khas ini hanya terpakai untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ianya termasuk insuran PA esklusif. - Siapa yang layak mendafar untuk pelan ini?
Pelanggan yang merupakan kakitangan sektor kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Had umur: Lapan belas (18) tahun hingga enam lima (65) tahun. - Berapa lama tawaran ini sah?
Tawaran ini berkuatkuasa 15 Mac 2023 dan sah sehingga diberitahu kelak. - Apakah syarat utama program ini?
Bayaran bil bulanan mesti dilakukan melalui pemotongan gaji (ANGKASA) - Berapa perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Bayaran pendahuluan dan yuran pendaftaran untuk Mukmin68 akan dikecualikan. Tiada bayaran akan dikenakan semasa pendaftaran.
Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh langganan anda dengan redONE adalah kurang daripada 6 bulan. - Saya telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi lain. Saya ingin mendaftar pelan Mukmin68 dengan nombor baharu. Berapakah bayaran pendahuluan yang saya perlu bayar?
Tiada bayaran diperlukan. Bayaran pendahuluan akan dikecualikan tanpa mengira status senarai hitam anda. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menggunakan peruntukan Data Berkelajuan Tinggi saya sepenuhnya?
Kuota baki anda untuk bulan tersebut akan dilucutkan. - Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk pelan ini?
Ya. Kontrak adalah selama 24 bulan. Bayaran penalti akan dikenakan sekiranya anda ingin menamatkan pelan ini. - Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Nota: Untuk pemenuhan peranti masa nyata, ia boleh dilakukan di semua rakan niaga redONE kecuali PNC dan Sales Advisor (SA) - Adakah panggilan suara tanpa had untuk pelan Mukmin50 ini termasuk panggilan suara ke talian tetap, contohnya nombor 03?
Ya. Panggilan suara tanpa had ini termasuk semua panggilan domestik dan panggilan ke talian tetap di seluruh Malaysia. Ia tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor khas dan nombor bebas tol (1-300). - Selepas mendaftar untuk pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk menaiktaraf himpunan data bulanan saya?
Anda boleh membeli Tambah Nilai Data sekali sahaja dengan mendail *123# atau log masuk ke 1App untuk membeli data tambahan. - Selepas mendaftar untuk promosi ini, bolehkah saya menukar pelan?
Tidak. Anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan untuk pelan ini. Bagaimanapun, sekiranya anda ingi menukar pelan, penyelesaian bayaran awal diperlukan. - Saya pelanggan sedia ada Amazing8. Bolehkan saya menukar ke pelan baharu Mukmin68?
Tidak. Pelan Mukmin68 adalah pelan khas untuk pendaftaran baharu bagi kakitangan kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sahaja. - Saya telah membeli ‘add-on’ redVIDEO 1 kali. Data manakah yang akan digunakan dahulu?
Jadual di bawah ialah keutamaan penggunaan data:
Penggunaan | Data yang Digunakan |
Pelan | Mukmin68 |
Pertama | redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC, redSPOT, redDATA yang Dibeli |
Ke-2 | 20GB Data 4G LTE yang Digabungkan |
Ke-3 | Tambah Nilai Data yang Dibeli |
Ke-4 | redDATA |
Ke-5 | Internet Asas @64kbps |
Mukmin168 and Mukmin268
- Pelan ini mengenai apa?
Pelan khas ini hanya terpakai untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ianya termasuk insuran PA esklusif. - Siapa yang layak mendafar untuk pelan ini?
Pelanggan yang merupakan kakitangan sektor kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Had umur: Lapan belas (18) tahun hingga lima puluh dua (52) tahun. - Berapa lama tawaran ini sah?
– - Apakah syarat utama program ini?
Bayaran bil bulanan mesti dilakukan melalui pemotongan gaji (ANGKASA) - Berapakah yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Anda perlu membayar bayaran pendahuluan sebulan berdasarkan pelan yang anda daftar.
Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh langganan anda dengan redONE kurang daripada 6 bulan. - Saya telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi lain. Saya ingin mendaftar nombor baharu untuk pelan Mukmin168 atau Mukmin268. Berapakah bayaran pendahuluan yang saya perlu bayar?
Anda tidak layak untuk mendaftar mana-mana pelan ini. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menggunakan peruntukan Data Berkelajuan Tinggi saya sepenuhnya?
Kuota baki anda untuk bulan tersebut akan dilucutkan. - Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk pelan ini?
Ya. Kontrak adalah selama 24 bulan. Bayaran penalti akan dikenakan sekiranya anda ingin menamatkan pelan ini. - Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Nota: Untuk pemenuhan peranti masa nyata, ia boleh dilakukan di semua rakan niaga redONE kecuali PNC dan Sales Advisor (SA) - Adakah panggilan suara tanpa had untuk pelan Mukmin50 ini termasuk panggilan suara ke talian tetap, contohnya nombor 03?
Ya. Panggilan suara tanpa had ini termasuk semua panggilan domestik dan panggilan ke talian tetap di seluruh Malaysia. Ia tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor khas dan nombor bebas tol (1-300). - Selepas mendaftar untuk pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk menaiktaraf himpunan data bulanan saya?
Anda boleh membeli Tambah Nilai Data sekali sahaja dengan mendail *123# atau log masuk ke 1App untuk membeli data tambahan. - Bolehkan saya mendaftar untuk talian tambahan?
Tidak. Pelan ini adalah pelan talian induk tersendiri dan penambahan talian tidak dibenarkan. - Selepas mendaftar untuk promosi ini, bolehkah saya menukar pelan?
Tidak. Anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan untuk pelan ini. Bagaimanapun, sekiranya anda ingi menukar pelan, penyelesaian bayaran awal diperlukan. - Saya pelanggan sedia ada Amazing8. Bolehkan saya menukar ke pelan baharu Mukmin168 atau Mukmin268?
Tidak. Pelan Mukmin168 dan Mukmin268 adalah pelan khas untuk pendaftaran baharu bagi kakitangan kerajaan dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sahaja. - Saya telah membeli ‘add-on’ redVIDEO 1 kali. Data manakah yang akan digunakan dahulu?
Jadual di bawah ialah keutamaan penggunaan data:
Penggunaan | Data yang Digunakan |
Pelan | Mukmin168 atau Mukmin268 |
Pertama | redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC, redSPOT, redDATA yang Dibeli |
Ke-2 | 20GB Data 4G LTE yang Digabungkan |
Ke-3 | Tambah Nilai Data yang Dibeli |
Ke-4 | redDATA |
Ke-5 | Internet Asas @64kbps |
Hong Leong MSIG Takaful
- Produk ini mengenai apa?
Ini adalah takaful kemalangan peribadi yang komprehensif yang boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kemalangan dan punca semula jadi. - Apakah Konsep Shariah yang terpakai?
Tabarru’ – Bahagian tertentu Sumbangan yang Peserta bersetuju untuk menderma apabila berlakunya perkara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali yang membolehkannya memenuhi kewajipannya untuk saling membantu serta jaminan bersama sekiranya mana-mana rakan Pesertanya mengalami kerugian yang jelas di mana sumbangannya adalah bertujuan untuk membantu orang lain dan derma orang lain bertujuan untuk membantunya.
- Iltizam bi Al-Tabarru’ – komitmen untuk bertabarru’.
- Wakalah – pada asasnya hubungan ejen-prinsipal di mana Pengendali bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali memperoleh Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan.
- Ju’alah – perjanjian di mana Peserta berjanji untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan PRF yang membawa kepada lebihan PRF.
- Bolehkah saya membatalkan atau menamatkan sijil saya?
Sijil ini disertakan dengan pelan Mukmin68, Mukmin168 dan Mukmin268 anda. Ia adalah faedah yang diberikan kepada anda sehingga anda menamatkan langganan pelan Mukmin68, Mukmin168 atau Mukmin268 anda. - Apakah yang perlukah saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada butiran perhubungan saya?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada pemegang sijil induk tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. - Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
Perlindungan adalah berdasarkan Had Perlindungan Percuma seperti dalam Sijil Induk tertakluk kepada pengisytiharan dan bayaran sumbangan oleh pemegang sijil induk. Pemberitahuan tuntutan adalah tertakluk kepada ‘Sunset Clause’ seperti tertera di sijil induk.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini. - Bilakah perlindungan insurans diaktifkan?
Perlindungan takaful akan berkuat kuasa serta-merta selepas mendaftar tetapi untuk penyakit sedia ada, akan ada tempoh menunggu selama 12 bulan. Kematian akibat sebab-sebab semula jadi hanya dilindungi pada bulan 13 dan seterusnya.
Nota: Untuk penyakit sedia ada, ia akan berdasarkan laporan kehadiran perubatan apabila pelanggan ingin mengemukakan tuntutan kematian. - Apakah perlindungan/ faedah yang disediakan?
Perlindungan/faedah diringkaskan seperti di bawah:
Faedah | Jumlah Perlindungan Manfaat Bagi Setiap Peserta |
Kematian (Punca Semula Jadi) | RM2, 500.00 |
Kematian (Punca Kemalangan) | RM12, 500.00 |
- Apakah pengecualian utama di bawah sijil ini?
Tiada manfaat kematian akan dibayar jika:
- Peserta/orang yang dilindungi membunuh diri dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan tanpa mengira kecenderungan mentalnya semasa melakukan pembunuhan diri.
- Kematian akibat Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian, peserta/orang yang dilindungi telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh perlindungan berkuat kuasa.
- Peserta/orang yang dilindungi meninggal dunia akibat Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau penyakit menular seksual (STD) yang lain.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.
- Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur tuntutan?
Proses tuntutan adalah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. - Adakah terdapat sebarang salinan ‘hardcopy’ untuk pengakuan perlindungan insurans?
Tiada sijil individu akan diberikan kerana sijil Induk akan dikeluarkan kepada redONE. Jika anda memerlukan sebarang maklumat, anda boleh menghubungi pengendali takaful anda untuk bantuan lanjut. - Akaun saya digantung. Adakah saya masih layak untuk mendapatkan perlindungan insurans?
Perlindungan takaful berkuatkuasa kecuali jika kami tidak menerima sebarang bayaran selama 2 bulan atau sijil telah luput. - Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan?
Pelanggan perlu menghubungi Hong Leong MSIG Takaful untuk proses tuntuntan: - Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M)
Level 5, Tower B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : +603 7650 1800
Faksimil : +603 7620 6730
Emeil : ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Laman Sesawang : https://www.hlmsigtakaful.com
- Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan tentang pelan ini, sila rujuk maklumat insurans atau anda boleh mendapatkan salinan daripada pemegang sijil induk. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M)
Level 5, Tower B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : +603 7650 1800
Faksimil : +603 7620 6730
Emeil : ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Laman Sesawang : https://www.hlmsigtakaful.com