Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Pelan Postpaid
Pilihan Ramai

Sesuatu untuk semua orang

Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan.

* Penggunaan data tanpa had tetapi apabila kuota data 4G LTE bulanan habis, sambungan akan dikurangkan kepada 64kbps, bergantung pada lokasi pengguna dan keadaan rangkaian semasa.

** kelajuan redDAILY 1GB dan 1.5GB tidak dihadkan.

*** Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dicaj pada kadar Bayar Setiap Penggunaan sebanyak RM0.10/MB. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Amazing8, Amazing38 & Amazing58

Amazing8, Amazing38 & Amazing58

Soalan Lazim

    1. Di manakah saya boleh mendaftar untuk rancangan ini? Anda boleh mendaftar di mana-mana kedai dan cawangan redONE, Rakan Niaga redONE atau pendaftaran sendiri secara dalam talian.
    2. Siapa yang layak mendaftar untuk pelan-pelan ini? Semua rakyat Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk pelan-pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu, port-masuk MNP dan perubahan pelan kadar. (tidak termasuk M2M)
    3. Berapakah yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?Sila rujuk jadual di bawah untuk caj bayaran pendahuluan:
      PerkaraAmazing8Amazing38Amazing58
      Yuran PendaftaranRM10RM10RM10
      Bayaran PendahuluanRM25RM38RM58
      • Untuk masa yang terhad sahaja, kami mengetepikan pembayaran Pendahuluan untuk semua pelanggan Port-masuk (MNP).
      • Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh anda dengan redONE kurang daripada 6 bulan.
      • Jika anda warga asing, anda perlu membayar deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.
  1. Apa itu Amazing8, Amazing38 dan Amazing58?
    Pelan PostpaidAmazing8Amazing38Amazing58
    Yuran BulananRM8RM38RM58
    Data2GB65GB(20GB + 1.5GB data sehari)90GB(30GB + 2GB data sehari)
    Panggilan SuaraTanpa Had ke talian redONE PostpaidPanggilan Tanpa Had
    Hotspot Mudah Alih/Data boleh dikongsiUntuk diambil dari kumpulan data
  2. Bolehkah saya port-masuk ke pelan Postpaid baharu ini?Ya. Anda boleh port-masuk dan melanggan pelan Postpaid baharu ini dengan syarat anda Tidak mempunyai sebarang baki tertunggak atau berada dalam kontrak dengan penyedia perkhidmatan mobil semasa anda.
  3. Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan Data Berkelajuan Tinggi saya? Kuota baki anda untuk bulan tersebut akan dilucuthakkan.
  4. Apakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk rancangan ini? Pelan ini tidak dikontrakkan. Jika anda menggunakan nombor premium anda akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan.
  5. Selepas saya mengambil salah satu pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk menaik taraf data bulanan ‘bundle’ saya? Anda boleh membeli Tambah Nilai Data sekali sahaja dengan mendail *123# atau log masuk ke 1App untuk membeli data tambahan.
  6. Bolehkah saya mendaftar untuk sebarang talian tambahan dengan Amazing58? Ya, anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.
  7. Saya adalah pelanggan Amazing8 sedia ada. Bolehkah saya menukar pelan saya kepada pelan Amazing58 yang baharu? Ya anda boleh.
  8. Saya membeli redVIDEO ‘one-time add-on’ , data manakah yang akan digunakan dahulu? Jadual di bawah ialah keutamaan penggunaan data:
    PenggunaanData Penggunaan
    Pelan Amazing8Amazing38Amazing58
    PertamaredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC/hari yang dibeliredDAILY 1.5GB/sehariredDAILY 2GB/sehari
    Ke-22GB data 4G LTE Berkelajuan Tinggi yang digabungkanredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC/hari yang dibeliredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC
    Ke-3Tambah Nilai Data yang dbeli2GB data 4G LTE Berkelajuan Tinggi yang digabungkan30GB data 4G LTE Berkelajuan Tinggi yang digabungkan
    Ke-4Internet Asas @64kbpsTambah Nilai Data yang dbeliTambah Nilai Data yang dbeli
    Ke-5Internet Asas @64kbpsInternet Asas @64kbps
redCALL
  1. Apa itu redCALL? redCALL ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redCALL? Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik apabila pelan AMAZING38 atau AMAZING58 Postpaid anda berjaya diaktifkan atau berjaya dialihkan masuk.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya? Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia disertakan dengan pelan AMAZING38 dan AMAZING58 Postpaid untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  4. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?Ya, Polisi Penggunaan Adil selama 100 jam sebulan adalah terpakai.
  5. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had? Anda boleh terus menghubungi nombor rangkaian lain pada RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.

redDAILY
  1. Apa itu redDAILY?redDAILY menawarkan penggunaan data sehari (terhad pada 6Mbps) setiap hari sehingga akhir bulan atau sehingga kuota data redDAILY digunakan sepenuhnya.
  2. Berapakah kuota redDAILY yang saya dapat setiap hari?
    Amazing38Amazing58
    1.5GB sehari2GB sehari
  3. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redDAILY? Tidak, redDAILY akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pelan AMAZING38 atau AMAZING58 Postpaid anda berjaya diaktifkan atau berjaya dipindahkan. Caj langganan untuk rakan kongsi individu mungkin dikenakan, jika ada.
  4. Saya tidak mahu perkhidmatan redDAILY. Bolehkah saya menamatkannya? Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDAILY. Ia disertakan dengan pelan AMAZING38 atau AMAZING58 Postpaid untuk anda menikmati akses kepada semua penggunaan data di Malaysia.
  5. Bagaimanakah pelanggan menyemak baki data redDAILY mereka? Pelanggan boleh menyemak penggunaan melalui 1App atau dail *123#.
  6. Bilakah saya boleh menggunakan kuota data harian redDAILY? Anda boleh menggunakan data redDAILY pada bila-bila masa. Data redDAILY akan tamat tempoh pada penghujung hari pada 11:59PM setiap hari.
  7. Apakah kelajuan data RedDAILY Daily untuk penstriman?Kelajuan kuota data redDAILY adalah berkelajuan tinggi. Anda perlu menggunakan peranti serasi 4G LTE untuk menikmati kelajuan 4G.
  8. Adakah redDAILY menggunakan data himpunan rancangan saya?Tidak. redDAILY memberikan anda data harian tambahan untuk keperluan data anda. Penggunaan data standard mungkin dikenakan untuk sebarang pembelian dalam aplikasi, aplikasi pihak ketiga dan pautan keluar daripada rakan niaga redDAILY.

Terma & Syarat

Amazing58

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan anda.
  2. Yuran akses bulanan untuk pelan AMAZING58 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan, himpunan redDAILY 2GB dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.
  3. RM58 Bayaran Pendahuluan diperlukan. Bayaran Pendahuluan diketepikan untuk pelanggan MNP- Port-in. Bayaran Pendahuluan yang dikutip akan digunakan untuk memotong bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.
  4. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.
  5. redCALL, redDAILY 2GB VAS digabungkan dengan pelan AMAZING58 dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil untuk redCALL.
  6. Data yang dihimpun, himpunan redDAILY 2GB dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian terpakai untuk kegunaan domestik sahaja dalam rangkaian Malaysia. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).
  7. Dalam bil pertama pelan AMAZING58, himpunan data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang digabungkan oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

  8. Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    AMAZING58RM12RM24RM36RM48

  9. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan diambil daripada pendikitan data Internet asas pada kelajuan 64kbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.
  10. Internet asas ialah kelajuan standard 64kbps.
  11. Permintaan tukar pelan kepada pelan AMAZING58 baharu dibenarkan mulai 1 Ogos 2023.
  12. Sekiranya berlaku penamatan, tidak akan ada sebarang pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.

Amazing38

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan anda.
  2. Yuran akses bulanan untuk pelan AMAZING38 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan, himpunan redDAILY 1.5GB dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.
  3. Bayaran Pendahuluan RM38 diperlukan. Bayaran Pendahuluan diketepikan untuk pelanggan port-masuk MNP. Bayaran Pendahuluan yang dikutip akan digunakan untuk memotong bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.
  4. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.
  5. RedCALL, redDAILY 1.5GB VAS digabungkan dengan pelan AMAZING38 dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil untuk redCALL.
  6. Data yang dihimpun, himpunan redDAILY 1.5GB dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian terpakai untuk kegunaan domestik sahaja dalam rangkaian Malaysia. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).
  7. Dalam bil pertama pelan AMAZING38, himpunan data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang digabungkan oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

  8. Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    AMAZING38RM17RM14RM21RM28

  9. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan diambil daripada pendikitan data Internet asas pada kelajuan 64kbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.
  10. Internet asas ialah kelajuan standard 64kbps.
  11. Permintaan tukar pelan kepada pelan AMAZING38 baharu dibenarkan bermula dari 1 Ogos 2023.
  12. Sekiranya berlaku penamatan, tidak akan ada sebarang pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.

Amazing8

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan anda.
  2. Yuran akses bulanan untuk pelan AMAZING8 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua nombor redONE Postpaid di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.
  3. Bayaran pendahuluan RM25 diperlukan. Bayaran Pendahuluan yang dikutip akan digunak untuk penolakan bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.
  4. Bayaran pendahuluan RM25 diperlukan. Bayaran Pendahuluan yang dikutip akan digunak untuk penolakan bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.
  5. Data yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had di kalangan pengguna redONE Postpaid terpakai untuk kegunaan domestik sahaja dalam rangkaian Malaysia. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).
  6. Bil pertama pelan Amazing8 akan dicaj sebulan penuh.
  7. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan diambil daripada pendikitan data Internet asas pada kelajuan 64kbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.
  8. Internet asas ialah kelajuan standard 64kbps.
  9. Permintaan tukar pelan kepada pelan AMAZING8 baharu dibenarkan bermula dari 1 Ogos 2023.
  10. Sekiranya berlaku penamatan, tidak akan ada sebarang pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.

redCALL

  1. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas dikecualikan.
  2. VAS redCALL disertakan dengan pelan BARU AMAZING38 dan AMAZING58 Pascabayar dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil.
  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Semua panggilan domestik ke redONE Pascabayar, redONE Prabayar dan pengendali mudah alih lain
    • Semua panggilan domestik ke nombor talian tetap negara
  4. PANGGILAN DIKECUALIKAN daripada panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor istimewa dan premium
    • Panggilan video
    • Panggilan IDD
  5. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  6. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada BARU AMAZING38 atau AMAZING58 kepada pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik melainkan pelan baharu itu Amazing8 atau RP8.
  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK BOLEH:
    • Dijual semula, disewa atau digunakan dengan cara lain kecuali sebagai individu yang membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia
    • Digunakan untuk mengubah hala panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
    • Digunakan untuk menyediakan peranti suis yang boleh memastikan talian terbuka berpotensi selama berjam-jam
    • Digunakan untuk berbilang panggilan serentak dan panggilan persidangan
    • Digunakan untuk pusat panggilan dan telepemasaran
    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh masa yang panjang, pendailan automatik dan komunikasi mesin ke mesin

redDAILY

  1. Tawaran redDAILY setiap hari penggunaan setiap hari sehingga akhir bulan atau sehingga kuota data redDAILY digunakan sepenuhnya. Apabila pelanggan telah menggunakan sepenuhnya kuota harian, mereka boleh membeli Perkhidmatan Nilai Tambah berkelajuan tinggi atau Tambah Nilai Data.
  2. Kuota redDAILY boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data di Malaysia.
  3. redDAILY disertakan dengan pelan postpaid baharu AMAZING38 dan AMAZING58 dan bukan pilihan.
  4. Kuota data harian tersedia pelan AMAZING38 dan AMAZING58:

  5. AMAZING38AMAZING58
    1.5GB sehari2GB sehari

  6. Kuota redDAILY akan tamat pada penghujung hari pada 11:59PM setiap hari.
  7. redDAILY akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  8. Kuota redDAILY akan tamat pada penghujung bulan kalendar.
  9. redDAILY hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan hendaklah dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing untuk penggunaan data semasa merayau dengan rakan kongsi perayauan redONE di luar negara.

UX50

  1. Apakah pelah Postpaid ini?
    Ini ialah pelan internet tanpa had baharu kami. Tiada caj tambahan apabila kuota data telah digunakan sepenuhnya. Kelajuan data akan dikurangkan kepada 64kbps apabila kuota FUP digunakan sepenuhnya.
  2. Apa itu UX50?
    Ini adalah pelan postpaid internet tanpa had baharu.
    ItemUX50A
    Yuran BulananRM50
    Data30GB + unlimited internet@6Mbps
    Panggilan SuaraTanpa Had ke semua rangkaian
    Hotspot Mobil/ Data yang boleh dikongsi30GB
  3. Berapa lamakah promosi ini?
    Promosi ini bermula 8 Ogos 2023.
  4. Di mana boleh saya daftar untuk pelan ini?
    Anda boleh pergi ke mana-mana kedai redONE atau Rakan Niaga redONE atau melanggan secara pendaftaran dalam talian.
  5. Siapa yang layak untuk mendaftar untuk promosi ini?
    Semua rakyat Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu, port-masuk MNP dan perubahan pelan kadar. (tidak termasuk M2M)
  6. Berapa yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?
    Pelan PostpaidUX50A
    Bayaran PendahuluanRM50
    Yuran PendaftaranRM10
  7. Bolehkah saya port-masuk ke pelan Postpaid baharu?
    Ya. Anda boleh port masuk dan melanggan pelan Pascabayar baharu dengan syarat anda tidak mempunyai sebarang baki tertunggak atau di bawah kontrak dengan pembekal perkhidmatan mudah alih semasa anda.
  8. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk pelan ini?
    Tidak, pelan ini adalah tanpa kontrak. Jika anda menggunakan nombor premium anda akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan.
  9. Selepas saya melanggan salah satu pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk menaik taraf bundle bulanan saya?
    Anda boleh membeli Tambah Nilai Data sekali sahaja dengan mendail *123# atau log masuk ke 1 App untuk membeli data tambahan.
  10. Saya pelanggan sedia ada Amazing8. Bolehkah saya menaik taraf ke UX50?
    Ya, anda boleh.
  11. Apakah yang akan berlaku apabila saya telah habis menggunakan ke semua data internet saya?
    Anda boleh membeli Tambah Nilai Data melalui 1App atau dengal mendail *123# sebaik sahaja anda telah menggunakan kuota data anda sepenuhnya. Kuota daripada Tambah Nilai Data boleh dikongsi melalui Hotspot.
  12. Bolehkah saya mendaftar untuk sebarang talian tambahan dengan UX50?
    Ya, anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan bagi setiap akaun induk.
  13. Saya membeli redVIDEO add-on sekali. Data manakah yang akan digunakan dahulu?
    Jadual di bawah ialah keutamaan penggunaan data:
    PenggunaanData
    PertamaredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC yang dibeli
    Ke-230GB Data 4G LTE yang digabungkan
    Ke-3Tambah Nilai Data yang dibeli
    Ke-4 Internet Tanpa Had@6Mbps
    Ke-5Internet Asas @64kbps


redCALL
  1. Apa itu redCALL?
    redCALL ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redCALL?
    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik setelah pelan UX50 anda berjaya dialihkan masuk.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya?
    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia disertakan dengan pelan UX50 untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  4. Adakah panggilan suara tanpa had ke semua rangkain sah untuk panggilan yang dibuat semasa saya dalam perayauan?
    Panggilan suara tanpa had ini sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
  5. Adakah panggilan suara tanpa had termasuk panggilan ke talian tetap cth. nombor 03?
    Ya. Panggilan suara tanpa had termasuk semua panggilan domestic ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas dikecualikan.
  6. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?
    Ya, Polisi Penggunaan Adil selama 100 jam sebulan adalah terpakai.
  7. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had?
    Anda boleh terus menghubungi nombor rangkaian lain pada RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.


redDATA
  1. Apakah redDATA yang baharu?
    VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data@6Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.
  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redDATA?
    Tidak, redDATA akan diaktifkan secara automatik apabila pelan Pascabayar UX50 anda berjaya diaktifkan atau berjaya dialihkan masuk.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redDATA. Bolehkah saya menamatkannya?
    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDATA. Ia disertakan dengan pelan Pascabayar UX50 untuk anda menikmati data tanpa had untuk semua penggunaan data.
  4. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?
    Ya, Dasar Penggunaan Adil sebanyak 100GB sebulan adalah terpakai.
  5. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?
    Penggunaan data seterusnya akan diperlahankan kepada maksimum 64kbps.
  6. Untuk apa saya boleh menggunakan data Tanpa Had?
    Data Tanpa Had boleh digunakan untuk SEMUA penggunaan pada telefon pintar anda – menyemak imbas web, penstriman video, sembang sosial, dsb., dan anda boleh menggunakannya pada kedua-dua rangkaian 3G/4G.
  7. Bilakah saya boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA?
    Anda boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA pada bila-bila masa.
  8. Apakah kelajuan data tanpa had untuk redDATA?
    Kelajuan penstriman redDATA dihadkan pada kelajuan 6Mbps.
  9. Bolehkah saya menikmati Data Tanpa Had apabila saya berada di luar negara?
    Tidak, Data Tanpa Had tersedia untuk kegunaan domestik sahaja. Caj perayauan standard dikenakan untuk penggunaan data semasa perayauan di luar negara.
  10. Adakah saya dibenarkan untuk berkongsi data redDATA Tanpa Had saya dengan peranti lain melalui hotspot mudah alih?
    Data Unlimited dimaksudkan untuk kegunaan peribadi pada telefon pintar anda sahaja.

UX50

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan anda.
  2. Bayaran pendahuluan RM50 diperlukan untuk pendaftaran talian baharu. Bayaran pendahuluan dikecualikan untuk pelanggan Port-masuk MNP. Bayaran pendahuluan akan digunakan untuk menolak bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.
  3. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.
  4. Yuran akses bulanan untuk pelan UX50 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.
  5. redCALL dan redDATA VAS digabungkan dengan pelan UX50 dan bukan pilihan.
  6. Data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap adalah terpakai untuk kegunaan domestik hanya dalam rangkaian Malaysia. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).
  7. Dalam bil pertama pelan UX50, himpunan data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang digabungkan oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

    Nama Pelan

    Penggunaan Data

    25% atau kurang

    Penggunaan Data

    26% – 50%

    Penggunaan Data

    51% – 75%

    Penggunaan Data 76% atau lebih
    UX50RM10RM20RM30RM40
  8. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kepada maksimum 6Mbps tanpa menanggung caj data tambahan apabila penggunaan melebihi 100% daripada data yang digabungkan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.
  9. Pelan ini TIDAK layak untuk tempoh bertenang selama 30 hari.
  10. Permintaan tukar pelan kepada pelan UX50 baharu dibenarkan mulai 8 Ogos 2023.
  11. Sekiranya berlaku penamatan, tidak akan ada sebarang pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.

redCALL

  1. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS)redCALLmenawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas dikecualikan.
  2. VASredCALLdisertakan dengan pelan Pascabayar UX50 BAHARU dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil.
  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Semua panggilan domestik keredONEPascabayar,redONEPrabayar dan pengendali mudah alih lain
    • Semua panggilan domestik ke nombor talian tetap negara
  4. PANGGILANDIKECUALIKANdaripada panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor istimewa dan premium
    • Panggilan video
    • Panggilan IDD
  5. VASredCALLakan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  6. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada UX50 kepada pelan lain, langgananredCALLakan ditamatkan secara automatik melainkan pelan baharu itu ialah RP8, Amazing28+ atau Data28.
  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK BOLEH:
    • Dijual semula, disewa atau digunakan dengan cara lain kecuali sebagai individu yang membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia
    • Digunakan untuk mengubah hala panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
    • Digunakan untuk menyediakan peranti suis yang boleh memastikan talian terbuka berpotensi selama berjam-jam
    • Digunakan untuk berbilang panggilan serentak dan panggilan persidangan
    • Digunakan untuk pusat panggilan dan telepemasaran
    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh masa yang panjang, pendailan automatik dan komunikasi mesin ke mesin

redDATA

  1. VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data@6Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.
  2. redDATA disertakan dengan pelan Postpaid UX50 dan bukan pilihan.
  3. Data tanpa had boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data.
  4. redDATA hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing untuk penggunaan data semasa merayau dengan rakan kongsi perayauan redONE di luar negara.
  5. redDATA akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  6. Data redDATA akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data redDATA yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
  7. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada UX50 kepada pelan lain, langganan redDATA akan ditamatkan secara automatik.
  8. Selepas penggunaan 100% kuota redDATA, sebarang penggunaan Internet selanjutnya akan ditolak daripada kuota Tambah Nilai Data yang tersedia atau anda akan melayari pada kelajuan yang dikurangkan.
  9. Kuota data tanpa had dihadkan hanya untuk kegunaan individu Pelanggan dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang atau peranti lain dalam apa jua cara (termasuk kotak SIM atau tempat liputan mudah alih) dan tertakluk pada Dasar Penggunaan Adil redONE.
  10. Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan ketersediaan serta keupayaan peranti. Kelajuan muat turun dan kapasiti data anda akan berbeza-beza dan mungkin lebih perlahan serta boleh dipengaruhi oleh jarak anda dari menara mudah alih kami, kapasiti menara mudah alih kami, sumber muat turun anda, jenis dan kualiti telefon bimbit anda, trafik Internet umum dan ketersediaan liputan atau disebabkan oleh Dasar Penggunaan Adil. (FUP). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redonemobile.com.my/legal/fair_use_policy
  11. redDATA tidak boleh dipindah milik, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, sama ada kepada mana-mana orang lain, entiti atau mana-mana akaun redONE Postpaid lain.
  12. Kami berhak pada bila-bila masa tanpa bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mengganggu, menghalang, menggantung, menyekat Pelan dan Perkhidmatan untuk masa yang kami fikir patut atau menamatkan, menghentikan atau memutuskan sambungan Pelan dan Perkhidmatan. ) jika penggunaan anda:
    • menunjukkan penggunaan yang berlebihan atau meletakkan beban luar biasa pada rangkaian;
    • adalah untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk aktiviti penipuan yang disyaki;
    • tidak mengikut Dasar Penggunaan Adil redONE (dihttps://www.redonemobile.com.my/legal/fair_use_policy)
    • adalah untuk tujuan komersial/bukan peribadi.
  13. Promosi ini disediakan mengikut Syarat Perkhidmatan pada Borang Pendaftaran Pascabayar kami. Anda mesti mematuhi terma termasuk perihalan perkhidmatan yang berkaitan, Polisi Penggunaan Adil kami, Polisi Privasi, pelan langganan Pascabayar yang berkaitan dan terma dan syarat tambahan ini (secara kolektif, “Syarat”) yang kesemuanya tersedia www.redonemobile.com.my
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM