Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Perayauan Data Harian RM28

NONEGARAOPERATOR
1BangladeshRobi Axiata Limited/TM International (BD) Limited (Aktel)
2Hong KongSmarTone-Vodafone Mobile Communications Ltd.
3IndonesiaPT.XL Axiata, Tbk/PT Excelcomindo (Excelcom) PT Natrindo Telepon Seluler (Lippo Telcom)
4CambodiaSmart/Hello Axiata Company Limited/TMIC (Cambodia) Co. Ltd.
5Sri LankaDialog Telekom PLC/MTN Networks (Private) Limited
6SingaporeM1 Limited/MobileOne Ltd.
7TaiwanChunghwa Telecom
8MacauSmarTone Mobile Communications (Macau) Ltd.
9NepalSpice Nepal Private Limited
  • Harga yang dipaparkan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan
  • Jumlah penggunaan maksimum sebanyak RM28 akan dikenakan setiap hari dan selepas itu, pelanggan akan menikmati penggunaan Internet tanpa had sepanjang hari (berdasarkan zon waktu Malaysia dari 12:00 pagi hingga 11:59 malam).
  • Sebarang penggunaan di bawah RM28 akan dicaj pada kadar perayauan data bayar setiap penggunaan.
  • Ingat untuk memilih operator yang betul yang dinyatakan di atas untuk menikmati promosi. Sebarang penggunaan dengan pengendali lain akan dicaj sebagai bayar setiap penggunaan, berdasarkan caj perayauan data di negara atau wilayah anda berada.
  • Perayauan Data Harian tidak boleh digunakan untuk penstriman video dan perkhidmatan VoIP.
  • Dasar penggunaan yang adil dan pendikitan kelajuan bergantung kepada pengendali rangkaian tempatan.

* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini. *Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

  1. Apakah itu Perayauan Antarabangsa?
    Perayauan Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menggunakan nombor telefon anda untuk membuat dan menerima panggilan dari negara atau destinasi lain ketika anda berada di luar negara.
  2. Apakah yang patut saya lakukan jika saya ingin membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari Internet ketika saya sedang melancong di luar negara?
    Anda perlu pra-aktifkan perkhidmatan perayauan sebelum melancong ke luar negara.
  3. Bagaimanakah saya boleh aktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Jika anda telah menjadi pelanggan redONE lebih dari tempoh 6 bulan, anda hanya perlu menelefon 1909 untuk bercakap dengan Khidmat Pelanggan kami untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa sebelum melancong ke luar negara.
    Jika anda ialah pelanggan baru redONE (kurang dari 6 bulan), anda dikehendaki untuk membayar deposit tambahan (akan dikembalikan semula) sebanyak RM300 untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Pembayaran deposit tambahan akan dikecualikan jika anda membawa masuk nombor Pascabayar (MNP port-in) anda dari rangkaian pembekal yang lain, dan anda pernah menggunakan perkhidmatan perayauan sebelum ini.
  4. Apakah langkah yang perlu diikuti untuk membuat panggilan atau menghantar SMS ketika saya menggunakan servis perayauan?
    Hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah:

    <Kod Akses Antarabangsa><Kod Negara><Kod Kawasan/Kod Rangkaian Telefon><Nombor Talian Tetap/ Bimbit>
    Contoh:
    Untuk membuat panggilan ke nombor mudah alih Malaysia (e.g. 011 1073 3663), dail +601110733663
  5. Bagaimana saya boleh tetapkan operator rangkaian secara manual dari telefon mudah alih saya?
    Untuk memilih rangkaian secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

    iPhonePergi ke:
    • Settings
    • Carrier
    • Automatic [OFF]
    • Pilih rangkaian tepat yang sesuai
    AndroidPergi ke:
    • Menu
    • Settings
    • Wireless and Networks
    • Mobile Networks
    • Network Operator
    • Pilih rangkaian tepat yang sesuai
    BlackBerryPergi ke:
    • Options
    • Networks and Connections
    • Mobile Network
    • Tekan Network Selection Mode and pilih MANUAL

      Di dalam Manual Network Selection, terdapat 3 pilihan:

      1. Prompt – untuk pilihan ini, pelanggan akan diberitahu untuk bertukar apabila rangkaian yang dipilih secara manual telah berada di luar kawasan.
      2. Yes – pilihan ini membolehkan pelanggan bertukar ke rangkaian yang ada (Auto) apabila rangkaian yang dipilih secara manual berada di luar kawasan
      3. No – pelanggan tidak akan mempunyai liputan rangkaian apabila rangkaian yang dipilih secara manual berada di luar kawasan
    Note: Langkah-langkah ini mungkin berbeza bergantung pada jenis dan model telefon
  6. Berapakah kadar caj untuk membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari internet ketika menggunakan perkhidmatan perayauan?
    Kadar perayauan bergantung pada jenis negara dan operator yang anda pilih. Untuk senarai penuh negara dan kadar panggilan mereka, sila semak di sini.
  7. Adakah terdapat waktu kemuncak/ waktu kurang sibuk untuk membuat panggilan antarabangsa?
    Tidak, kadar caj adalah standard mengikut negara dan operator yang anda pilih.
  8. Adakah saya akan dicaj jika menjawab panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perayauan?
    Ya, anda akan dicaj jika anda menjawab sebarang panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perayauan. Caj akan berbeza bergantung pada negara yang membuat panggilan tersebut.
  9. Bolehkah saya melihat nombor pemanggil di skrin telefon mudah alih ketika saya menggunakan perkhidmatan perayauan?
    Ya, boleh.
  10. Siapakah yang perlu saya hubungi jika berlaku kes kecemasan seperti kehilangan SIM, kehilangan telefon, dan laian-lain?
    Anda dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan kami di +603 8689 7800 untuk menggantungkan talian anda buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang penggunaan tanpa kebenaran.
  11. Adakah saya akan dicaj jika saya menelefon Khidmat Pelanggan redONE ketika menggunakan perkhidmatan perayauan?
    Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan perayauan Antarabangsa bergantung pada negara dan operator yang telah anda pilih.
  12. Adakah kadar Perayauan Antarabangsa ini juga diaplikasikan kepada pengguna talian tambahan?
    Ya, kadar ini akan diaplikasikan kepada semua pengguna talian tambahan yang telah mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.
  13. Adakah saya akan diberitahu tentang sebarang perubahan pada kadar Perayauan Antarabangsa?
    Perubahan kadar akan disiarkan dalam laman web kami. Sila periksa laman web kami dari masa ke semasa untuk melihat kadar dan promosi terbaru.
  1. redONE berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menentukan sama ada pelanggan layak untuk perkhidmatan perayauan antarabangsa.
  2. redONE dan pengendali rangkaian perkhidmatan telekomunikasi asing yang dilawati tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami oleh pelanggan daripada atau melalui penggantungan/penamatan/gangguan/kehilangan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa atas sebab apa pun. .
  3. Pelanggan perkhidmatan perayauan antarabangsa hendaklah tertakluk kepada semua terma dan syarat Perjanjian ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang difikirkan sesuai oleh redONE untuk dikenakan dari semasa ke semasa.
  4. Untuk perkhidmatan data, yuran akses bulanan pelanggan hanya meliputi penggunaan data domestik dan tidak termasuk penggunaan data di luar negara. Untuk penggunaan perkhidmatan perayauan, caj perayauan antarabangsa dikenakan.
  5. Pelanggan boleh meminta Had Kredit yang lebih tinggi dan redONE boleh memberikannya mengikut budi bicaranya tertakluk kepada syarat yang difikirkan sesuai untuk dikenakan oleh redONE.
  6. Pelanggan hendaklah menanggung dan membayar semua surcaj, tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, cukai nilai tambah, dan apa-apa caj lain, cukai, perbezaan kadar pertukaran (jika ada) atau apa-apa jumlah lain yang mungkin ditetapkan daripada redONE dari semasa ke semasa, yang ditanggung dalam menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa.
  7. redONE tidak membuat sebarang waranti atau pernyataan bahawa peralatan mudah alih pelanggan akan dapat menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa. Sebarang ketidakupayaan peralatan mudah alih pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa tidak akan membatalkan perjanjian ini atau membatalkan, mengurangkan atau menjejaskan liabiliti pelanggan untuk mematuhi dan melaksanakan kewajipannya di sini.
  8. Pelanggan hendaklah segera melaporkan kepada redONE dan dalam apa jua keadaan dalam masa 24 jam, sebarang kehilangan atau dicuri Kad SIM atau peralatan mudah alih. Sehingga laporan sedemikian diterima oleh redONE, pelanggan akan bertanggungjawab ke atas semua caj yang ditanggung.
  9. Untuk tujuan terma dan syarat ini, sebarang rujukan kepada perkhidmatan perayauan antarabangsa hendaklah termasuk perkhidmatan perayauan data antarabangsa.
  10. Terma dan syarat tawaran ini hendaklah dibaca sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang diamalkan oleh redONE (“Terma & Syarat Utama”) yang diterima oleh Pelanggan dan akan menjadi tambahan kepada Terma & Syarat Utama. Terma dan Syarat Utama akan terus terpakai dan mengikat Pelanggan untuk tujuan promosi ini.
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM