Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Kenyataan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat

Pengenalan

redONE Group komited untuk menjalankan perniagaan kami dengan penuh kejujuran dan berintegriti serta telah menetapkan standard yang tinggi mengikut dasar dan prosedur bagi kesemua kakitangan kami. Setiap organisasi berisiko terhadap salahlaku dari semasa ke semasa, secara sengaja atau tidak sengaja mengamalkan tatakelakuan tidak beretika. Budaya keterbukaan dan kebertanggungjawaban adalah penting untuk mencegah dan membendung situasi yang tidak diingini serta menanganinya sekiranya berlaku.

Skop

Polisi ini terpakai kepada semua kakitangan dan pihak ketiga yang mendapati atau benar-benar mengesyaki atas kepercayaan yang munasabah bahawa kakitangan Syarikat telah terlibat, sedang terlibat, atau berancang untuk terlibat dalam sebarang kelakuan tidak wajar. Kendatipun bukti kukuh tidak dapat dikemukakan semasa laporan dibuat, anda perlu memberikan sebab atau asas atas pelaporan anda. Anda boleh mengemukakan pelaporan jika anda percaya bahawa maklumat dan dakwaan itu secara munasabah adalah benar. Selain itu, pelaporan hendaklah dibuat dengan niat baik serta memastikan pelaporan bukan dibuat untuk kepentingan peribadi atau bermotifkan niat jahat.

Perlakuan Tidak Wajar

Pelaporan boleh dubuat untuk makluman salah laku dan/atau penyelewengan. Kelakuan tidak wajar termasuk dan tidak terhad kepada senarai berikut:

  1. Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, sama ada jenayah atau pelanggaran undang-undang sivil;
  2. Pelanggaran dasar dan/atau prosedur;
  3. Penipuan kewangan (contohnya manipulasi perakaunan, ketidakpatuhan terhadap prosedur kawalan dalaman, penyelewengan aset atau penipuan penyata);
  4. Rasuah atau korupsi (contohnya percanggahan kepentingan, tajaan & derma, hadiah atau kemudahan pembayaran);
  5. Tindakan yang boleh menyebabkan bahaya fizikal/kemudaratan kepada orang lain dan/atau boleh menimbulkan risiko kerosakan harta benda/aset;
  6. Pemalsuan atau pengubahan mana-mana dokumen kepunyaan Syarikat, pelanggan, institusi kewangan lain atau ejen Syarikat;
  7. Membuat keuntungan hasil daripada maklumat orang dalam;
  8. Penyalahgunaan kedudukan atau maklumat; dan
  9. Sebarang penyelewengan lain yang serupa atau berkaitan hendaklah dilaporkan.

Pelaporan

Sila emel pelaporan anda kepada wb@redone.com.my penyiasatan lanjut.

Perlindungan

Pendedah maklumat atau orang yang berkaitan dengannya hendaklah dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan akibat pelaporan yang dibuat. Selain itu, identiti pemberi maklumat serta maklumat peribadi yang lain tidak boleh didedahkan kecuali dengan persetujuan pemberi maklumat atau sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang.

Makluman

Pendedah maklumat akan dimaklumkan tentang keputusan penyiasatan dan/atau tindakan yang diambil oleh Syarikat berkenaan dengan pemberitahuan mengikut Polisi.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM